Sunday, March 31, 2013

Jualan Perniagaan Baru PruBSN Naik 15 Peratus Kepada RM265.7 Juta Bagi Tahun Kewangan 2012

KUALA LUMPUR, 29 Mac(Bernama) -- Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN), penyedia perkhidmatan kewangan yang mematuhi syariah mencatatkan kenaikan 15 peratus dalam jualan perniagaan baru, kepada RM265.7 juta bagi asas bersamaan sumbangan tahunan untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=938263
Published: March 31, 2013

Sumbangan kasarnya naik 38 peratus kepada RM782.3 juta tahun lepas, meningkat daripada RM568.9 juta pada 2011, demikian menurut syarikat dalam satu kenyataan Jumaat.

Sehingga kini, PruBSN mempunyai 28.4 peratus bahagian pasaran dalam negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Azim Mithani berkata keputusan berkenaan menunjukkan kejayaan syarikat dalam strategi yang jelas dan tertumpu untuk muncul sebagai penyedia penyelesaian dinamik dan inovatif dalam industri takaful negara.

Beliau berkata PruBSN akan terus fokus terhadap usaha mengekalkan profesionalisme, menawarkan perkhidmatan pelanggan yang boleh diikuti dan memperkenalkan inovasi produk di samping sentiasa menilai saluran agihan baharu, termasuk menggunakan teknologi baharu untuk terus memacu pertumbuhan.

Syarikat turut mengumumkan Nabil Jeffri, pemandu ujian Formula One termuda dunia sebagai duta jenama.

PruBSN merupakan usaha sama antara bank komuniti, Bank Simpanan Nasional, dan Prudential Plc, yang masing-masing menguasai 51 peratus dan 49 peratus pegangan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment