BACHOK, 17 Mac (Bernama) -- Agrobank Malaysia bercadang melaksanakan
sistem perbankan Islam sepenuhnya menjelang tahun 2015 yang merupakan
inisiatif penting dalam program transformasi bank berkenaan.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=935087
Published: March 18, 2013
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130317/ek_01/Agrobank-laksana-perbankan-Islam-sepenuhnya-menjelang-2015
Published: March 19, 2013
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PerbankanIslamsepenuhnyapada2015/Article/index_html
Published: March 19, 2013
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Wan Mohd
Fadzmi Wan Othman berkata, selaras dengan sasaran itu, semua produk
pembiayaan dan deposit sedia ada akan ditukar kepada produk berasaskan
prinsip syariah.
"Ini untuk menyumbangkan kepada pertumbuhan perbankan Islam domestik dan
pada masa yang sama menggalakkan amalan perbankan yang beretika,"
katanya pada majlis penyampaian zakat Agrobank oleh Timbalan Menteri
Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin di sini, Ahad.
Pada majlis itu, seramai 300 penduduk miskin dan anak yatim di sekitar
daerah Bachok masing-masing menerima wang zakat berkenaan yang
membabitkan peruntukan sebanyak RM30,000.
Wan Mohd Fadzmi berkata, ini merupakan satu cabaran besar kepada
Agrobank lebih-lebih lagi apabila industri kewangan Islam kini semakin
menyerlah dalam suasana persekitaran yang penuh dengan cabaran dan
sentiasa dilanda arus perubahan.
Sehubungan itu, beliau berkata, Agrobank akan komited untuk
mengembangkan lagi sistem kewangan Islam ke arah pembangunan satu sistem
yang lebih dinamik, responsif dan mapan.
Beliau berkata, sehingga kini Agrobank sudah mempunyai rangkaian 186
cawangan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, lapan dibuka tahun
lepas, antaranya di Felda Tenggaroh 2, RTC Kelantan, Bukit Gambir,
Pagoh, UTC Kuala Lumpur, Ranau dan UTC Ipoh.
Katanya, bagi cawangan Bachok, ia mempunyai 43,000 pelanggan deposit
dengan nilai simpanan melebihi RM26 juta manakala bilangan kakitangan
ditambah kepada 22 orang bagi memastikan kemudahan perbankan yang
ditawarkan dapat dinikmati dengan sepenuhnya terutama golongan petani
dan nelayan.
Mengenai zakat, beliau berkata, bagi tahun perniagaan 2011 Agrobank
memperuntukkan bayaran zakat sebanyak lebih RM2.1 juta untuk diagihkan
kepada asnaf yang layak secara berperingkat.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment