Friday, March 8, 2013

Malindo Air Dapat Pembiayaan Beli 27 Pesawat Boeing 737-900ER (US Export-Import Bank)

PUTRAJAYA, 7 Mac (Bernama) -- Malindo Air, syarikat penerbangan hibrid Malaysia yang pertama, telah mendapat pembiayaan US$1.1 bilion dari US Export-Import Bank bagi membeli 27 pesawat Boeing 737-900ER.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/malindo-beli-27-pesawat-1.137777
Published: March 10, 2013

Source from (Harian Metro): http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/27pesawatAS_1_1b/Article/index_html
Published: March 08, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=932721
Published: March 08, 2013

Ketua Pegawai Eksekutif Chandran Rama Muthy berkata syarikat penerbangan itu akan membeli pesawat berkenaan secara berperingkat-peringkat sehingga 2014.

"Bagi operasi tahun pertama, kami merancang membeli 12 pesawat," katanya kepada pemberita selepas majlis penandatanganan perjanjian antara Malindo Air dan warga kerja pengurusannya yang baharu di sini Khamis.

Katanya penerbangan sulung Malindo Air ke Kota Kinabalu pada 22 Mac akan diikuti oleh satu lagi penerbangan lain ke Kuching, sehari kemudiannya.

Sempena kehadirannya, Malindo Air menawarkan tambang yang termasuk semua bayaran serendah RM38 ke Kuching dan RM68 ke Kota Kinabalu.

Harga promosi itu akan diadakan sehingga September atau Oktober, kata Chandran.

Katanya Malindo Air akan mempunyai empat penerbangan harian ke Kuching dan tiga penerbangan harian ke Kota Kinabalu.

"Tahun ini, kami menyasarkan faktor muatan yang sederhana sekitar 85-90 peratus sambil menawarkan 12 tempat duduk kelas perniagaan dan 168 tempat duduk ekonomi," katanya.

Chandran berkata syarikat penerbangan itu akan mengumumkan lebih banyak laluan domestik dalam tempoh terdekat.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment