Tuesday, April 9, 2013

Bank Di Jalan Ipoh Nyaris Musnah Dalam Kebakaran

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Sebuah bank di Batu 4 1/2, Jalan Ipoh di sini nyaris musnah dalam satu kebakaran, dipercayai berpunca daripada fius televisyen di bilik stor premis bank berkenaan.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/semasa/bank-di-jalan-ipoh-nyaris-musnah-dalam-kebakaran-1.147978
Published: April 07, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=940470
Published: April 07, 2013

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul Zahari Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 5.10 petang dan tiba di lokasi kira-kira enam minit kemudian.

"Kita percaya kebakaran berpunca daripada fius televisyen di bilik stor bank berkenaan, yang mengakibatkan beberapa dokumen hangus dijilat api," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian Isnin.

Beliau berkata 20 anggota dari balai Sentul, Jinjang dan Gombak selatan dikerah ke tempat kejadian sebelum berjaya mengawal api daripada merebak dalam tempoh 10 minit.

Zahari berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihaknya kini meneliti punca sebenar kebakaran serta anggaran kerugian.

Sementara itu, saksi kejadian yang hanya ingin dikenali sebagai Wong, 37, berkata beliau menyedari kebakaran berlaku selepas terlihat asap tebal keluar dari bank berkenaan yang terletak bersebelahan premisnya.

"Saya dapati kira-kira tujuh hingga lapan pekerja bank berkenaan keluar dari bank itu kerana asap terlalu tebal," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment