Sunday, April 7, 2013

Dua perwakilan dilantik jadi ahli lembaga pengarah Bank Rakyat

BANK Rakyat akan melantik dua wakil dari keanggotaannya untuk menyertai ahli lembaga pengarah agar suara mereka bukan sahaja didengari semasa mesyuarat agung tahunan tetapi juga sebagai ahli lembaga pengarah. Dua nama tersebut akan dicadangkan oleh ahli dan dipilih berdasarkan kriteria serta latar belakang yang sesuai.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bank-rakyat-lantik-lembaga-pengarah-1.147392
Published: April 07, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lantikwakilpemegangsaham/Article/index_html
Published: April 07, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130406/ek_07/Dua-perwakilan-dilantik-jadi-ahli-lembaga-pengarah-Bank-Rakyat
Published: April 05, 2013

Ismail Sabri Yaakob

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam akta semua ahli lembaga pengarah akan dilantik oleh menteri, dan setiap tahun perwakilan akan membuat usul supaya pandangan mereka sentiasa didengari.

“Setelah berbincang dengan pengerusi dan pengurusan Bank Rakyat, kami bersetuju untuk melantik dua daripada keseluruhan ahli di mana setakat ini, kami mempunyai lapan orang ahli lembaga pengarah kesemuanya.

“Daripada 15 kawasan, ahli bebas mencadangkan nama yang diinginkan, dan diharap lebih dua nama akan dihantar kerana saya hanya boleh melantik setelah mendapat kelulusan dari Bank Negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Bank Rakyat, di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, ahli lembaga pengarah yang dimiliki ketika ini terdiri daripada pelbagai latar belakang berbeza seperti peguam, pekerja bank, bekas suruhanjaya koperasi dan sebagainya.

Dalam perkembangan lain, KPDNKK ketika ini sedang dalam perbincangan untuk melaksanakan program transformasi gerai- gerai kecil bagi menyeragamkannya agar lebih moden dan mesra alam.

“Melalui program ini, kami akan melakukan transformasi terhadap gerai kecil seperti di kawasan pasar malam untuk lebih go green, di mana tidak akan menggunakan penjana kuasa, wayar lampu yang terlalu banyak dan sebagainya.

“Setakat ini, hampir 50 peratus siap dan dijangka dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kami akan memilih satu kawasan untuk dijadikan projek perintis terlebih dahulu,” katanya.

No comments:

Post a Comment