Tuesday, April 30, 2013

Untung suku-1 Bank Rakyat RM539.5j

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) meneruskan momentum pertumbuhannya dengan keuntungan sebelum cukai dan zakatnya pada suku pertama berakhir 31 Mac 2013 meningkat 4.7 peratus kepada RM539.5 juta berbanding RM515.4 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BankRakyatcatatuntungbersihRM450_3j/Article
Published: April 30, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130430/ek_03/Untung-suku-1-Bank-Rakyat-RM5395j
Published: April 30, 2013

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bank-rakyat-catat-untung-lebih-tinggi-1.155824
Published: May 01, 2013

Bank Rakyat

Keuntungan bersihnya dalam tempoh tiga bulan itu ialah RM450.3 juta, meningkat 11.9 peratus daripada RM402.5 juta.

Bank koperasi berlandaskan syariah itu dalam kenyataannya semalam menyebut, keuntungan lebih tinggi itu disumbangkan oleh peningkatan pendapatan daripada pembiayaan dan aktiviti berasaskan yuran, serta kejayaannya mengekalkan peruntukan pembiayaan terjejas yang rendah berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pendapatan kasar dalam tempoh dikaji meningkat 0.9 peratus kepada RM1.51 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu” Kenyataan Bank Rakyat Isi jawatan disini.

Pendapatan kasar meningkat

Katanya, pendapatan kasarnya dalam tempoh dikaji meningkat 0.9 peratus kepada RM1.51 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Pendapatan bersihnya selepas agihan keuntungan kepada pendeposit bagaimanapun jatuh 1.4 peratus kepada RM820 juta berbanding RM840 juta, sejajar dengan kos pembiayaan yang tinggi berikutan peningkatan baki deposit.

Katanya, pendapatan daripada sumber pembiayaan meningkat 1.2 peratus kepada RM1.19 bilion berbanding RM1.18 bilion, yang mana RM1.09 bilion atau 91.2 peratus adalah disumbangkan perbankan konsumer, sementara perbankan komersial menyumbang RM110 juta atau 8.8 peratus. Ia juga meraih pendapatan berasaskan yuran sebanyak RM28 juta pada suku pertama 2013 itu, peningkatan 47.4 peratus berbanding RM19.0 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatan komisen takaful, wasiat dan yuran perkhidmatan ATM menyumbang 69.7 peratus daripada keseluruhan pendapatan berasaskan yuran itu, katanya.

Bank Rakyat berkata, jumlah asetnya meningkat enam peratus kepada RM82.70 bilion berbanding RM78.03 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya, disumbangkan peningkatan baki pembiayaan.

Pulangan aset kekal tinggi

“Pada akhir Mac lalu, pulangan atas aset kekal tinggi pada kadar 2.7 peratus berbanding 2.9 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu,” katanya.

Pada suku pertama 2013 itu, Bank Rakyat merekodkan peningkatan baki kasar pembiayaan sebanyak 10.9 peratus kepada RM57.18 bilion berbanding RM51.58 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

Baki kasar pembiayaan konsumernya meningkat 11.6 peratus kepada RM50.99 bilion berbanding RM45.70 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

Kenyataan Bank Rakyat itu berkata, pembiayaan konsumer terus menjadi fokus perniagaannya dengan menyumbang 89.2 peratus daripada keseluruhan pembiayaan yang disalurkannya pada suku pertama 2013 ini.

Sektor peribadi penyumbang terbesar

Dari segi portfolio pembiayaan, sektor peribadi adalah penyumbang terbesar iaitu sebanyak 88.1 peratus daripada keseluruhan pembiayaan konsumer, katanya.

Bank Rakyat berkata, kualiti aset keseluruhannya adalah kukuh pada akhir Mac lalu, yang mana nisbah pembiayaan terjejas kasarnya adalah pada kadar 2.6 peratus berbanding 2.9 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu.

Pada masa sama, liputan atas kerugian pembiayaan kekal tinggi pada kadar 113.5 peratus berbanding 105.8 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu.

Jumlah depositnya pula, katanya, meningkat 4.2 peratus kepada RM65.63 bilion berbanding RM62.99 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

No comments:

Post a Comment