Thursday, April 4, 2013

Tabung Haji Serah Zakat Perniagaan Lebih RM827 Ribu Kepada Tabung Baitulmal Sarawak

KUCHING, 3 April (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) Rabu menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM827,156.60 kepada Tabung Baitulmal Sarawak.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=939222
Published: April 04, 2013

Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Kamaruddin Mat Ali menyampaikan zakat itu kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam satu majlis di Pejabat Ketua Menteri, di Petra Jaya.

Menurut kenyataan TH, pengagihan zakat itu adalah sebahagian daripada perolehan keuntungan pendapatannya untuk tahun kewangan 2012.

"Jumlah zakat Sarawak bagi tahun 2012 meningkat sebanyak lima peratus berbanding RM787,519.00 bagi tahun 2011," menurut kenyataan TH.

Kenyataan itu juga menyebut jumlah keseluruhan zakat perniagaan TH untuk tahun kewangan 2012 yang akan dibayar kepada negeri-negeri di Malaysia adalah sebanyak RM41.2 juta.

Sarawak merupakan negeri pertama menerima pembayaran zakat TH tahun ini.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment