KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- MIDF Research telah mengekalkan
pendirian positif pada sektor sarung tangan getah berikutan penggunaan
global yang meningkat.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=939805
Published: April 07, 2013
Dalam satu nota penyelidikan, MIDF berkata eksport getah Malaysia naik
31.8 peratus tahun ke tahun pada Januari 2013 sementara nilai eksport
naik 16.8 peratus tahun ke tahun kepada RM877 juta.
"Jika virus influenza H7N9 menjadi wabak, pelanggan akan meningkatkan simpanan sarung tangan getah untuk kegunaan kebersihan.
"Sungguhpun tanpa penggunaan luar biasa, kami menjangka nilai eksport
untuk dikekalkan pada antara lapan peratus dan 10 peratus dan
pertumbuhan permintaan global akan stabil dan dikekalkan pada paras
purata lapan peratus," katanya.
Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan
bahawa tiada bukti jangkitan manusia kepada manusia setakat ini, dan
oleh itu kemungkinan atau risiko wabak adalah rendah.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment