Friday, April 26, 2013

PruBSN Menang Banyak Anugerah Di MTA Takaful Starnite 2013

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) telah berjaya membawa pulang banyak anugerah semasa berlangsungnya Takaful Starnite 2013 Persatuan Takaful Malaysia baru-baru ini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=945144
Published: April 26, 2013

Dalam satu kenyataan, syarikat berkata yang Agensi Langsung PruBSN dan Agensi Prudential Assurance Malaysia Bhd telah berjaya mendapatkan sejumlah 14 anugerah daripada enam kategori iaitu Top Rookie, Ejen Terbaik, Pengurus Unit Terbaik, Pengurus Agensi Terbaik (Langsung), Pengurus Agensi Terbaik (kumpulan dan "Top Recruiter (Ketua).

Mengulas mengenai kejayaan ini, Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN Azim Mithani berkata: "Ini adalah bukit komitmen, profesionalisme dan semangat ejen-ejen kami terhadap perniagaan ini dan ia benar-benar mencerminkan kejayaan kami sebagai peneraju penyedia takaful negara."

Acara ini mengiktiraf pencapaian pekerja, agensi dan ejen yang telah memperlihatkan prestasi luar biasa.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment