Monday, April 22, 2013

MIDF Punyai RM600 Juta Dana Pinjaman Untuk Syarikat Tempatan

KANGAR, 21 April (Bernama) -- Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), cabang pelaburan Permodalan Nasional Bhd (PNB) mempunyai dana kira-kira RM600 juta untuk disalurkan sebagai pinjaman kepada syarikat tempatan, kata pengarah urusannya, Datuk Mohd Najib Abdullah.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=943989
Published: April 22, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DanaRM600juntuksyarikattempatan/Article/index_html
Published: April 23, 2013

Setakat ini, MIDF telah meluluskan pinjaman sebanyak RM11.3 bilion sejak lima dekad lalu dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di seluruh negara.

"Daripada jumlah tersebut, RM25.7 juta telah diberikan kepada 23 perusahaan di Perlis, dan bagi wilayah utara yang merangkumi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, sebanyak 1,100 pinjaman berjumlah RM1.4 bilion telah diluluskan setakat 28 Feb, tahun ini," katanya kepada Bernama di Simposium Usahawan MIDF sempena edisi khas Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2013 ke-14 di sini.

Menurutnya, keadaan ekonomi global yang tidak menentu membuatkan usahawan-usahawan tempatan lebih berhati-hati dalam mengambil pinjaman.

Sehubungan itu, katanya, dengan tema MSAM 2013 iaitu 'Pelaburan untuk 1Malaysia', MIDF mahu mendidik serta meningkatkan kefahaman masyarakat tentang keusahawanan.

Dalam program MSAM selama tujuh hari yang bermula semalam itu, MIDF telah menjemput beberapa ahli panel dan tokoh usahawan untuk berkongsi pengalaman dengan usahawan-usahawan di sini.

Antara jemputan yang hadir adalah Pengarah Urusan Skop Production Sdn Bhd, Datuk Mohd Yusof Mohd Haslam Khan dan juga pemilik Pasaraya Borong Sakan Sdn Bhd, Datuk Che Umar Yatim.

MIDF telah ditubuhkan 53 tahun yang lalu untuk memajukan sektor perkilangan dan perkhidmatan negara dengan menyediakan pinjaman sederhana dan panjang untuk perusahaan kecil dan sederhana.

Ia menawarkan tiga perniagaan teras iaitu perbankan pelaburan, pembangunan kewangan dan pengurusan aset.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment