KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bank Simpanan Nasional (BSN)
menyasarkan pertumbuhan pinjaman keseluruhan sebanyak 17 peratus pada
2013, sedikit lebih rendah daripada tahun lepas, kata Timbalan Ketua
Eksekutif (Perbankan Runcit) Winston E. Jeyaprakash.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bsn-sasar-17-peningkatan-pinjaman-keseluruhan-tahun-ini-1.145788
Published: April 04, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=939238
Published: April 04, 2013
"Kami meramalkan cabaran dalam pasaran. Terdapat juga panduan pinjaman
Bank negara yang harus kita patuhi. Oleh sebab itulah kami menyasarkan
pertumbuhan pinjaman yang lebih rendah iaitu 17 peratus," tambah beliau.
Beliau berkata jumlah pinjaman tahun lepas tumbuh 21 peratus kepada RM2 bilion.
"Pinjaman peribadi menyumbang RM1.3 bilion, cagaran RM650 juta dan
kewangan makro kira-kira RM100 juta," kata Winston kepada Bernama.
BSN setakat ini adalah pemberi pinjaman kewangan mikro terbesar di
negara ini dengan lebih lapan juta pelanggan di seluruh negara.
Sementara itu, Winston berkata kempen terbaharu BSN untuk mempromosikan produknya adalah amat berjaya.
Kempen sepanjang enam bulan yang membabitkan Kempen Kemas Kini
Pelanggan Melalui ATM, Capai Impian Berganda dan Stash your Cash itu
berakhir pada 31 Januari dengan seramai satu juta pelanggan mengambil
bahagian.
Untuk kempen Stash your Cash sahaja, BSN mencapai deposit antara RM750 juta dan RM800 juta, melepasi sasaran RM400 juta.
Majlis penyampaian hadiah untuk kempen-kempen itu melihat pelanggan
terpilih menerima hadiah wang tunai dan produk seperti telefon mudah
alih berdasarkan penyertaan mereka.
Acara itu dirasmikan oleh pengerusi BSN yang baru dilantik, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
-- BERNAMA
QUANTUM BINARY SIGNALS
ReplyDeleteProfessional trading signals delivered to your mobile phone every day.
Start following our signals right now & gain up to 270% daily.