Thursday, April 4, 2013

BSN sasar peningkatan deposit simpanan RM1.5 bilion tahun ini

Bank Simpanan Nasional (BSN), yakin mencapai peningkatan dalam nilai depositnya RM1.5 bilion tahun ini daripada RM9 bilion jumlah deposit yang dimiliki setakat ini terutama menerusi pengenalan produk dan kempen baru.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BSNoptimisnilaidepositnaikRM1_5b/Article/index_html
Published: April 04, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130404/ek_03/BSN-sasar-peningkatan-deposit-simpanan-RM15-bilion-tahun-ini
Published: April 04, 2013

Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Runcitnya Winston E Jeya Prakash berkata, berikutan kejayaan kempen dijalankan tahun lalu, pihaknya komited menganjurkan kempen bersepadu meliputi pelbagai produk dan perkhidmatan bank sekali gus merancang memperkenalkan 10 kempen sepanjang tahun ini.

Beliau berkata, melalui kempen terdahulu seperti ‘Customer Update Through ATM’, Capai Impian Berganda dan Stash Your Cash Deposit (SYCD), pihaknya berjaya menarik penyertaan lebih sejuta pelanggan.

“Setakat ini, kami mempunyai 8.5 juta pelanggan bagi semua segmen dan tahun ini juga kami akan mengadakan kempen untuk segmen deposit, pembiayaan dan pengurusan harta bagi menarik lebih ramai pelanggan serta menawarkan hadiah utama menarik untuk mereka menangi.

“Kami yakin pendeposit akan bertambah terutama dengan pengenalan Perkhidmatan Ejen Bank Berdaftar (EBB) BSN di seluruh negara dan jumlah sekarang menghampiri 4,000 ejen,” katanya pada sidang media di majlis penyampaian Hadiah Kempen Promosi Produk BSN di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir menyampaikan hadiah, Pengerusi BSN Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Ketua Eksekutif BSN Datuk Adinan Maning.

Winston berkata, menerusi kempen Capai Impian Berganda iaitu pembiayaan perumahan BSN, pihaknya melepasi sasaran asal RM400 juta kepada RM950 juta jumlah pembiayaan disalurkan selama enam bulan bagi kempen bermula (Julai hingga Disember 2012). Bagi kempen SYCD, BSN mencapai sasaran RM450 juta deposit dengan peningkatan RM800 juta.

Beliau berkata, bagi kempen tahun ini pihaknya menjanjikan tawaran hadiah lebih lumayan untuk pelanggan antaranya dalam kempen Capai Impian Berganda tahun lalu ialah Sijil Simpanan Premium (SSP) bernilai RM100,000, RM20,000 dan RM5,000.

No comments:

Post a Comment