Monday, July 16, 2012

705 murid SKPP buka akaun Tabung Haji

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_03.htm

Published: July 16, 2012

BUKIT MERTAJAM 15 Julai - Seramai 705 murid Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir (SKPP) dekat Permatang Pauh menerima buku akaun Tabung Haji yang disumbangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Mohd. Zaidi Mohd. Said semalam.

Menurut Mohd. Zaidi, sumbangan buku akaun itu adalah sebagai usaha menggalakkan sikap suka menabung dalam kalangan murid-murid dan ia perlu disemai sejak kecil lagi.

"Sumbangan buku akaun ini adalah bagi menggalakkan murid-murid sekolah menabung sejak kecil bagi masa depan mereka serta membudayakan usaha berjimat-cermat.

"Biarpun jumlah pelaburan awal hanya RM5, namun ia mampu mencetus semangat mereka dan menggunakan duit belanja sekolah yang diterima sebaik-baiknya," katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SKPP.

No comments:

Post a Comment