Monday, July 16, 2012

Bank Rakyat Bahau beri bantuan kepada pelajar

JEMPOL 15 Julai - Bank Rakyat cawangan Bahau menyampaikan zakat perniagaan bernilai RM17,000 kepada 170 orang pelajar dalam program Di Ambang Ramadan di bank berkenaan baru-baru ini.
Sumbangan tersebut disempurnakan Ketua Wilayah Selatan, Abdul Lizam Muhamad Alias yang turut dihadiri Pengurus Bank Rakyat cawangan berkenaan, Norwati Aziz.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm
Published: July 16, 2012


ABDUL Lizam Muhamad Alias (tengah) menyampaikan sumbangan 
kepada salah seorang penerima zakat perniagaan sambil disaksikan 
Norwati Aziz (kanan) pada program Di Ambang Ramadan di Jempol,
 Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Abdul Lizam menjelaskan, pelajar yang menerima sumbangan itu dipilih daripada beberapa buah sekolah sekitar daerah ini.
Antaranya Sekolah Menengah Vokasional Juasseh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mansor, SMK Pasoh Dua, SMK Palong 11, Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sungai Dua serta Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol.

''Bagi SK Serting Hilir Dua (Felda) pula mereka menerima bantuan baik pulih surau sebanyak RM5,000," katanya di sini baru-baru ini.

Tambah Abdul Lizam, Yayasan Bank Rakyat juga telah menyerahkan sebuah komputer kepada SK Serting Hilir.

''Kita turut menyampaikan set jersi bola sepak untuk kegunaan pelajar SK Rompin manakala sebuah mesin cetak untuk SK Lui Muda,'' jelasnya.

Beliau berkata, warga kerja Bank Rakyat juga mengumpulkan sumbangan peribadi untuk disalurkan kepada pihak yang memerlukan bantuan.

"Ia diberikan kepada Yayasan Kasih Sayang, Kuala Pilah bagi manfaat 22 orang pelajar serta empat buah keluarga saudara baru.

"Selain itu sumbangan peribadi ini turut disalurkan kepada Madrasah Darul Islah Pondok Ulu Gemilang, Kuala Pilah untuk lima orang pelajarnya,'' katanya.

No comments:

Post a Comment