Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bsn-sasar-lebih-ramai-cina-sertai-ssp-1.62778
Published: Monday July 02, 2012
Naib Presiden Kanan dan Ketua Jabatan Perbankan Islam, Mohd Sofi Mat Jahaya berkata, sebelum ini tidak ramai kaum Cina mengetahui mengenai skim BSN SSP ini dan penyertaan mereka amat sedikit.
“Kami giat mempromosikan produk itu kepada komuniti Cina dan penyertaan mereka amat menggalakkan,” katanya.
Menurutnya, secara keseluruhan, penyertaan kaum Cina 20 peratus sementara majoritinya masih lagi Bumiputera dengan 70 peratus, lapan peratus kaum India dan selebihnya
kaum-kaum lain.
“Pada masa ini, dana penyimpan skim itu telah berkembang kepada kira-kira RM2 bilion daripada RM1.6 bilion sebelum ini, hasil daripada program promosi itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment