Thursday, July 5, 2012

MIDF kekal positif terhadap sektor minyak dan gas

Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_04.htm

Published: Monday July 05, 2012

KUALA LUMPUR 4 Julai - MIDF Research mengekalkan pandangan positif terhadap sektor minyak dan gas (O&G) dengan jangkaan aliran kontrak akan meningkat tidak lama lagi terutamanya dalam jumlah yang besar.

Katanya, jangkaan permintaan minyak dunia masih stabil dan krisis di Eropah masih belum memberi kesan sepenuhnya terhadap komoditi itu.

MIDF berkata, ia masih meletakkan harapan terhadap komitmen perbelanjaan modal separuh dekad berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion) oleh Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dan kerja-kerja bagi Lembangan Melayu Utara.

"Tambahan pula, kita boleh mengharapkan kontrak khidmat risiko ketiga yang akan dikeluarkan tidak lama lagi,'' katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Menurut MIDF, Dialog Group Bhd. kekal pilihannya dengan harga sasaran RM2.80.

MIDF juga menyemak semula unjuran harga minyak purata tahun penuh 2012 daripada AS$100 (RM320) setong kepada AS$90 (RM288) setong.

Ia berkata, Pentadbiran Maklumat Tenaga AS juga menyemak semula harga minyak purata kepada AS$95 (RM304) setong pada separuh kedua tahun ini.

Menurut MIDF, harga minyak akan kekal tidak berubah sepanjang tahun depan.

No comments:

Post a Comment