Saturday, July 7, 2012

RM500 juta pacu firma Bumiputera (SME BANK)

Petaling Jaya: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan SME Bank menubuhkan skim Pembiayaan TeraS dengan dana berjumlah RM500 juta bertujuan mengukuhkan lagi inisiatif memacu perkembangan syarikat Bumiputera. Skim itu dibuka kepada syarikat di bawah program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TeraS) yang dilancarkan pertengahan tahun lalu. 

Source From (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM500jutapacufirmaBumiputera/Article
Published: Monday July 07, 2012

Setakat ini TERAJU sudah memilih 130 syarikat dan sedang mengenalpasti kira-kira 1,000 lagi bagi mencapai sasarannya memajukan 1,100 syarikat di bawah program yang bertujuan mempercepatkan pertumbuhan serta daya saing syarikat Bumiputera dalam ekonomi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata skop utama skim Pembiayaan TeraS yang akan dibuka bulan depan itu adalah untuk membiayai keperluan modal kerja serta pembelian aset.

Beliau berkata, daripada dana sebanyak RM500 juta itu, RM150 juta diperuntukkan untuk disalurkan sebagai pembiayaan modal kerja manakala baki RM350 juta lagi untuk pembelian aset.

Katanya, bagi modal kerja, sesebuah syarikat itu boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM10 juta manakala bagi pembelian aset sehingga RM20 juta.
Skim di bawah pembiayaan Islam itu hanya mengenakan kadar perkongsian keuntungan lima peratus setahun.

“Kami menjangkakan sambutan baik daripada 130 syarikat di bawah program TeraS kerana skim ini tidak mengenakan syarat penyediaan cagaran yang ketat seperti dikenakan bank perdagangan lain.

No comments:

Post a Comment