Monday, July 2, 2012

LTH - THHE bida kontrak di Dubai

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/THHEbidakontrakdiDubai/Article/index_html

Published: Monday July 02, 2012

TH Heavy Engineering Bhd (THHE), syarikat sekutu Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) bakal menyumbang dividen kepada Tabung Haji dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi didorong pelaksanaan projek yang membawa keuntungan bagi jangka masa panjang.

THHE ialah syarikat yang menjalankan perniagaan kejuruteraan berat merangkumi sektor minyak dan gas sebelum ini dikenali sebagai Ramunia Holdings Bhd (RaHB).

Pengerusinya, Datuk Azizan Abd Rahman berkata, Tabung Haji melabur sekitar RM300 juta sejak 2008 dan membabitkan pegangan saham sejumlah 25.717 peratus yang mana akan dinaikkan ke tahap 32 peratus, sekali gus menjadikannya sebagai pemegang saham terbesar THHE.

Beliau berkata, sejak pengambilalihan RaHB oleh Tabung Haji pada 2008, syarikat itu masih di peringkat penstrukturan dan menyumbang pada kadar minimum kepada perolehan Tabung Haji.

“Syarikat optimis dapat menyumbang kepada perolehan syarikat pada kadar lebih tinggi bersandarkan kejayaan menyiapkan pelbagai kontrak kemudahan fabrikasi luar pesisir daripada syarikat besar dalam industri ini seperti Petronas Carigali, Shell, Talisman, Mufphy, Exxonmobil, Newfield dan Woodside.

“Dengan adanya sebuah kapal pengeluaran, penyimpanan dan pemindahan terapung (FPSO) dibeli pada harga RM263 juta, ia sebagai salah satu strategi untuk memenuhi permintaan terhadap pembangunan lapangan minyak marginal. Kini, kami sedang membida kontrak untuk FPSO di Dubai dan dijangka dapat dimuktamadkan dalam tempoh setahun,” katanya pada majlis penjenamaan semula Ramunia Holdings Bhd kepada THHE di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment