Thursday, July 12, 2012

Tabung Haji dijangka agih dividen tinggi tahun ini

KUALA LUMPUR 12 Julai - Lembaga Tabung Haji (LTH) dijangka dapat mengagihkan dividen tinggi tahun ini kepada pendepositnya susulan pulangan menarik daripada pelaburan ditambah dengan hasil daripada penjualan pegangannya dalam syarikat perladangan di Indonesia.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm
Published: July 12, 2012

Ini mencerminkan usaha keras lembaga tabung haji untuk memastikan modal pendeposit terus dilindungi dan dalam masa yang sama memberikan pulangan berbaloi dengan mereka, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ismee Ismail.

Beliau memberitahu Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini bahawa LTH akan memastikan semua pelaburan yang dibuat akan membuahkan hasil bagi mereka dan pendeposit mereka pada penghujung harinya kelak.

"Tahun lepas, kami mengisytiharkan dividen enam peratus (dan) harapnya, tahun ini, kami boleh mengekalkan prestasi kami. Kami berusaha keras untuk memastikan wang pendeposit Tabung Haji, modal, dilindungi dan memastikan mereka mendapat pulangan yang baik bagi simpanan mereka," katanya.

Pada Februari 2012, terdapat seramai 6.9 juta pendeposit dalam Tabung Haji.

Pulangan tinggi daripada pelaburan telah membolehkan LTH terus menyerap sebahagian daripada kos mengerjakan haji bagi rakyat Malaysia yang meningkat setiap tahun disebabkan faktor-faktor luar yang berbeza, kata Ismee.

"Alhamdulillah, dalam beberapa tahun lepas, kami telah memberikan subsidi kepada jemaah haji. Kami berupaya berbuat demikian disebabkan pulangan baik daripada pelaburan kami," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment