Friday, July 20, 2012

PruBSN, Standard Chartered Saadiq jalin kerjasama

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/prubsn-standard-chartered-saadiq-jalin-kerjasama-1.68495

Published: July 20, 2012
NORHANA FARIZA HARUN

PruBSN, Standard Chartered Saadiq jalin kerjasama
Azim (dua, kiri) bertukar dokumen bersama Wasim 
Saifi selepas perjanjian persefahaman, semalam.

PRUDENTIAL BSN Takaful Bhd (PruBSN) dan Standard Chartered Saadiq Bhd (Standard Chartered Saadiq) menjalin usaha sama strategik bagi menawarkan penyelesaian Takaful yang berinovasi kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azim Mithani berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama bersama bank Islam yang kukuh seperti Standard Chartered Saadiq dalam menyediakan perlindungan Takaful dan pelan simpanan yang sesuai.

“Kami yakin kerjasama ini akan mengukuhkan lagi capaian pengedaran dan paling penting akan memantapkan lagi pengalaman pelanggan bank.

“Melalui kerjasama ini juga, kami menjangkakan sumbangan yang besar kepada PruBSN agar terus kekal menjadi peneraju operator Takaful dengan penguasaan pasaran 29.5 peratus pada suku pertama tahun ini,” katanya selepas menandatangani perjanjian persefahaman antara PruBSN dan Standard Chartered Saadiq Bhd, di Kuala Lumpur, semalam.

Dengan termeterainya perjanjian ini, Standard Chartered Saadiq menyediakan tiga pelaburan Takaful di cawangannya di bawah PruBSN iaitu SmartEdu-i, FirstHorizon-i dan LifeLink-i. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Saadiq, Wasim Saifi berkata, buat masa ini, Standard Charterd Saadiq menyumbang kira-kira 11 peratus bagi segmen perbankan Islam terhadap perolehan keseluruhan Standard Charterd Bank Malaysia Bhd.

“Malah, sumbangan Standard Chartered Saadiq terhadap perolehanStandard Chartered di peringkat global juga masih rendah memandangkan perbankan Islam ini hanya dikendalikan di enam negara termasuk Indonesia, Bangladesh, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Pakistan dan Bahrain. Standard Chartered Saadiq juga kini sedang menilai untuk meluaskan operasi di negara lain bergantung kepada peluang pasaran.

No comments:

Post a Comment