Wednesday, July 11, 2012

TH beli menara di Bangsar South

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/THbelimenaradiBangsarSouth/Article

Published: July 11, 2012
Oleh Che Wan Badrul Alias

Lembaga Tabung Haji (TH) akan membeli sebuah menara butik pejabat 13 tingkat baru di Bangsar South dikenali sebagai Tower 6 Avenue 5 pada harga RM102.20 juta.

Pembelian itu selaras dengan langkah Tabung Haji mengukuhkan sumbangan pendapatan sektor hartanahnya bagi menjana pendapatan yang lebih konsisten. Bangunan itu dibeli daripada Lencana Harapan Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh UOA Development Bhd.

Ia adalah satu daripada lapan menara pejabat eksklusif di Horizon Fasa 2 yang bakal menawarkan kemudahan pejabat gred A sekali gus berpotensi memberikan pulangan sewaan tinggi kepada agensi pengurusan dana Islam terbesar di dunia itu .

Pembelian bangunan itu juga meningkatkan jumlah hartanah strategik milik Tabung Haji di Kuala Lumpur.

Tabung Haji adalah antara pemilik beberapa bangunan utama termasuk Bangunan Tabung Haji, TH Selvon di Jalan Semarak dan TH Perdana di Maju Junction.

Berdasarkan Rangka kerja Alokasi Aset Strategik (SAA) Tabung Haji, segmen hartanah mewakili sekitar 15 peratus daripada keseluruhan portfolio pelaburannya. 

No comments:

Post a Comment