Thursday, July 26, 2012

Tabung Haji beli hartanah RM775 juta

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TabungHajibelihartanahRM775juta/Article

Published: July 26, 2012
Oleh Mahanum Abdul Aziz

Kuala Lumpur: Sebuah bangunan pejabat premium di 10 Queen Street Place, London dikenal pasti sebagai antara hartanah pertama yang akan dibeli Lembaga Tabung Haji di pusat bandar raya berkenaan.

Difahamkan bangunan itu akan dibeli daripada pemiliknya Jaguar Capital pada harga 155 juta (RM775 juta).
Sumber berkata, untuk tujuan itu,

Tabung Haji akan bekerjasama dengan bank berlandaskan syariah, Gatehouse Bank dan penyedia perkhidmatan hartanah global, Savills plc untuk memuktamadkan pembelian bangunan pejabat yang mempunyai keluasan keseluruhan 221,198 kaki persegi itu.

Bangunan berkenaan kini menjadi ibu pejabat firma guaman terkemuka, SJ Berwin.

Menurut laporan firma kaji selidik hartanah, CoStar Group, bangunan itu dipajak kepada SJ Berwin untuk jangka masa panjang iaitu ia akan tamat pada Disember 2025.

CoStar berkata Jaguar Capital, pengurus dana dari Ireland membeli bangunan itu yang sebelum ini dikenali sebagai Thames Exchange, daripada Norwich Property Trust Ltd pada harga 146.25 juta pada 2008.

Rundingan dimuktamad September ini
Baru-baru ini, Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berkata, pihaknya dijangka memuktamadkan rundingan bagi pembelian hartanah pertamanya di London itu menjelang September ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan hartanah yang akan dibeli itu.

Ismee berkata pihaknya bercadang membeli bangunan komersial tetapi bukan hotel atau perumahan yang menawarkan pulangan sewaan munasabah dalam jangka panjang.

Hartanah di UK sememangnya sudah lama berada dalam perhatian kami, katanya.

No comments:

Post a Comment