Friday, July 20, 2012

Tabung Haji masih ada dana RM 3.5 b untuk beli harta

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (LTH), yang sedang memuktamadkan pengambilalihan harta komersial pertamanya di London, masih mempunyai wang untuk membuat pembelian pada masa akan datang.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tabung-haji-masih-ada-dana-rm-3-5-b-untuk-beli-harta-1.68305
Published: July 20, 2012

tabung-haji
Sentry.content.caption.value

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ismee Ismail, berkata lembaga tabung haji itu telah menggunakan hanya separuh daripada RM7 bilion yang telah diperuntukannya untuk membeli hartanah di Malaysia dan luar negara.
Dalam satu temu bual dengan Bernama, beliau berkata dana RM7 bilion itu merupakan 20 peratus daripada keseluruhan dana yang diuruskan oleh LTH, yang kini berjumlah RM35 bilion.

"Saya rasa kita masih belum cukup melabur. Pelaburan dalam hartanah belumpun mencecah RM7 bilion. Tumpuan kita, pertamanya, ialah terhadap harta di Malaysia,
dan kita telahpun mula melakukannya sejak tiga tahun lepas," kata beliau.

Ismee berkata baki peruntukan sebanyak RM3.5 bilion mungkin habis digunakan keseluruhannya tahun ini meskipun ada banyak harta berdaya maju yang ditawarkan.

"Bangunan memang banyak, tetapi kita perlu berhati-hati dalam penilaian kita sebelum membelinya.

"Setiap tahun, kita kena memberi pulangan yang kompetitif jadi kita akan sentiasa kaji pelaburan yang boleh memberi pulangan yang berulang dan saya percaya sektor hartanah adalah satu sektor yang menjanjikan pulangan yang berulang setiap tahun," katanya.

Mengenai cadangan membeli bangunan komersial di London, beliau berkata, urus niaga ini, yang dianggarkan bernilai 165 juta pound, dijangka selesai menjelang September ini.

"Di United Kingdom, kita mahu membeli bangunan komersil tetapi bukan hotel atau perumahan kerana kita akan mendapat jangkaan pulangan sewaan yang munasabah
dan jangka sewaan yang panjang.

"Macam bangunan yang kita sedang kaji ini, jangkaan sewaannya adalah selama 13 tahun. Inilah jenis harta yang kita cari bagi pelaburan hartanah," jelas beliau.

Ismee berkata berdasarkan analisis pelaburan tabung itu, pelaburan di London, jika dibiayai sepenuhnya melalui tunai, pulangan yang dijangkakan ialah sekurang-kurangnya 5.2 hingga 5.5 peratus setahun, dan ini berdaya saing.

"Jika kita gunakan satu peratusan tertentu nisbah hutang berbanding modal dan menghambil pinjaman bank, hasil atau sewa akan meningkat.

"Pada masa ini, kita akan menggunakan wang tunai tetapi mungkin membiayai semula pembelian itu melalui pinjaman bank kemudian nanti.

"Ini pembelian pertama kita, jadi saya rasa kita akan lakukannya langkah demi langkah," katanya, sambil menambah bahawa LTH juga sedang giat mencari lebih banyak harta komersial di London.

Selain London, LTH juga giat mencari peluang untuk melabur dalam hartanah di Mekah dan  Madinah serta Jeddah, Arab Saudi, katanya.

Ismee berkata, Arab Saudi tidak membenarkan bukan warga negara memiliki harta di Mekah dan Madinah, jadi, sebarang pelaburan oleh Tabung Haji mestilah melalui pajakan jangka panjang.

Tabung Haji kini meraih pendapatan berulang daripada pajakan Hotel Hajar Towers di Mekah selama 25 tahun, dan pajakan Hotel Movenpick di Madinah selama 10 tahun.

Pada masa ini, Tabung Haji juga memiliki beberapa mercu tanda di Kuala Lumpur, termasuk bangunan Tabung Haji, TH Selborn, Menara Tabung Haji di Platinum Park serta bangunan pejabat butik 13 tingkat Bangsar. - Bernama

No comments:

Post a Comment