Monday, July 2, 2012

BSN SSP pikat komuniti Cina

BANK Simpanan Nasional (BSN) menjangka menarik lebih ramai penyertaan komuniti Cina dalam skim Sijil Simpanan Premiumnya (SSP) berikutan program promosinya yang begitu agresif.

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BSNSSPpikatkomunitiCina/Article/index_html
Published: Monday July 02, 2012

Naib Presiden Kanan dan Ketua Jabatan Perbankan Islam, Mohd Sofi Mat Jahaya berkata, sebelum ini, tidak ramai masyarakat Cina mengetahui mengenai skim BSN SSP dan penyertaan mereka amat sedikit.

“Kami giat mempromosikan produk ini kepada komuniti Cina dan penyertaan mereka amat menggalakkan,” katanya selepas Cabutan BSN SSP untuk Jun di Petaling Jaya, semalam.

Penyertaan kaum Cina membentuk 20 peratus sementara majoritinya Bumiputera dengan 70 peratus, lapan peratus kaum India dan selebihnya kaum-kaum lain. - Bernama

No comments:

Post a Comment