Seri Kembangan, 8 Jun 2013 - Syarikat Caddy Resources 
dari Negeri Sembilan dan Hong Leong Trading dari Johor telah dinobatkan 
sebagai dua pemenang utama pada Malam Anugerah EBB BSN 2012 di Hotel 
Palace of the Golden Horses malam tadi. 
Source from (BSN - Officil Website): http://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=273 
Published: Jun 16, 2013
Ejen cemerlang diberi penghargaan di Malam Anugerah EBB 2012 
Caddy
 Resources dianugerahkan Ejen Terbaik Peringkat Nasional manakala Hong 
Leong Trading telah menerima anugerah Ejen Terbaik Peringkat Negeri 
dalam Majlis anugerah yang sama. Anugerah telah disampaikan oleh Y.B 
Datuk Hj Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan dan turut dihadiri oleh
 Tan Sri Abu Bakar Hj Abdullah, Pengerusi BSN dan Datuk Adinan Maniung, 
Ketua Eksekutif BSN.
Majlis yang julung-julung kali diadakan ini 
bertujuan untuk menghargai komitmen dan kesungguhan EBB BSN yang 
merekodkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2012.
Seramai 13 EBB telah dianugerahkan dengan penghargaan berdasarkan 
pencapaian prestasi yang meliputi dua kategori iaitu Ejen Terbaik 
Peringkat Negeri dan Ejen Terbaik Peringkat Nasional.
Seramai 100 orang 
EBB yang mencatatkan prestasi yang membanggakan juga hadir untuk 
diraikan.
Menurut Datuk Haji Ahmad Maslan “Perkhidmatan EBB merupakan salah 
satu inisiatif yang menyokong agenda rangkuman kewangan bagi memastikan 
kemudahan perbankan asas untuk penduduk di luar Bandar dan pedalaman 
diutamakan”.
Semenjak diperkenalkan pada tahun awal tahun 2012 sehingga April 
2013, bilangan EBB telah mencecah 4,044 dengan rekod bilangan transaksi 
sebanyak 6.32juta urusan dengan nilai mencecah lebih RM561 juta.
Program EBB ini telah dilancarkan pada pada 27 Januari 2012 dengan 
permulaan 200 ejen yang menawarkan lima jenis urusan perbankan asas BSN 
iaitu Bayaran Bil, Deposit Tunai, Pengeluaran, Pembelian Sijil Simpanan 
Premium (eSSP) dan Pembelian Tanpa Tunai.
Selain menyediakan perkhidmatan perbankan kepada komuniti 
masing-masing, inisiatif EBB ini turut memberi peluang kepada para 
peruncit untuk menjana pendapatan sendiri melalui transaksi yang dibuat 
oleh pelanggan.
Malam Anugerah tersebut turut menyaksikan Salasiah Binti Ripin dari 
Pahang diumumkan sebagai pemenang tempat kedua, K.K Pertama Enterprise 
dari Melaka  tempat ketiga manakala Syarikat Perusahaan Salda dari 
Sarawak mendapat tempat keempat. Kesemuanya merupakan pemenang bagi 
kategori Ejen Terbaik Peringkat Nasional.
Kategori Ejen Terbaik Peringkat Negeri pula telah mengumumkan 12 
pemenang di bawah kategori ini dan mereka adalah; VC Murni Service 
Station, GJ Mart Sdn Bhd, K.K Pertama Enterprise, F&E Communication 
Sdn Bhd, Salasiah Binti Ripin, Seong Yik (Kedai Runcit), M&L Mini 
Market, Syarikat Perusahaan Salda, Ikobana.Com.Sdn.Bhd dan Stesen Minyak
 Petronas Norliza Borhan.
Selain daripada menghargai usaha, komitmen dan prestasi cemerlang 
para ejen, Malam Anugerah EBB 2012 ini turut diadakan untuk menyuntik 
semangat setiap ejen untuk terus menyokong perkhidmatan Ejen Bank 
Berdaftar (EBB) ini bagi kemudahan komuniti masing-masing.
 
 
No comments:
Post a Comment