KUALA LUMPUR, Jun 27 (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd
(Bank Rakyat) dilantik ejen pembayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri
Malaysia (LHDNM).
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bank-rakyat-dilantik-ejen-pembayaran-cukai-1.176953
Published: Jun 30, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=959369
Published: Jun 28, 2013
Mohammad Sait (kanan) selepas menandatangani perjanjian kerjasama
dengan Bank Rakyat sebagai wakil ejen pembayaran cukai pendapatan, di Kuala Lumpur.
Transaksi pembayaran cukai boleh dilakukan di kaunter 141 cawangan Bank Rakyat seluruh negara.
Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak berkata, dengan jumlah cawangan Bank Rakyat sedia ada di seluruh negara, secara tidak langsung akses pembayaran cukai pendapatan LHDN dapat ditingkatkan.
"Selain itu, pengguna juga berpeluang melakukan jualan bersilang dengan pelanggan berpotensi yang datang ke cawangan kami," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam.
Menurutnya, hasil daripada kerjasama itu, jumlah kutipan cukai dapat meningkat dan dalam masa yang sama kemudahan perkhidmatan yang ditawarkan Bank Rakyat dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Katanya, inisiatif ini juga akan dikembangkan lagi dengan terlaksananya kemudahan pembayaran atas talian melalui sistem perbankan internet i-Rakyat pada fasa kedua nanti.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohammad Sait Ahmad berkata, dengan termeterainya perjanjian itu, kecekapan dan keberkesanan pembayaran cukai pendapatan akan bertambah dan LHDN sedang merangka pelbagai inisiatif baru yang mampu menguntungkan kedua-dua belah pihak pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment