Sunday, June 2, 2013

EXIM Bank Sasar Tambah Aset 3 Peratus Kepada KDNK Menjelang 2018

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) menyasarkan untuk menambah jumlah asetnya kepada tiga peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2018.

from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/EximBanksasartambahasettigaperatus/Article/index_html
Published: Jun 02, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130601/ko_02/Exim-Bank-sasar-tambah-aset
Published: Jun 02, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=953224
Published: Jun 02, 2013



Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Adissadikin Ali berkata bank itu membuat penanda aras itu bagi merealisasikan tahap prestasi yang sama dengan bank import-eksport Korea dan China.

"Inilah yang kami hasratkan, kami melihat saiz jumlah aset dan membandingkannya dengan saiz KDNK," katanya pada taklimat mengenai keputusan kewangan 2012 di sini hari ini.

"Pada masa ini jumlah aset syarikat itu kurang dari satu peratus daripada KDNK," katanya.

Beliau berkata untuk mencapai sasaran itu, bank perlu meningkatkan pinjaman kepada sekurang-kurangnya 30 peratus tahun ke tahun.

"Tahun lepas, pinjaman dan pembiayaan bersih bank itu meningkat 62 peratus kepada RM3.151 bilion berbanding RM1.943 bilion pada 2011, iaitu sekali ganda daripada sasaran syarikat.

"Tahun ini kami menyasarkan untuk mengeluarkan sejumlah RM5 bilion, meningkat berbanding jumlah pembiayaan 2012 sebanyak RM3 bilion," katanya.

Beliau berkata EXIM Bank mencatat nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) bersih kira-kira 10 peratus pada 2012, dan tahun ini sasarannya ialah menurunkannya kepada satu digit.

Ditanya mengenai sumbangan segmen pembiayaan Syariah kepada jumlah pengeluaran pinjaman, beliau berkata bahagian pinjaman Islam meningkat 14 peratus berbanding lima peratus pada 2011.

"Tahun ini kami menyasarkan untuk meningkatkan sumbangan segmen pembiayaan dan pinjaman Syariah kepada jumlah penagihan pinjaman kepada 20 peratus dan 30 peratus dalam tempoh dua tahun," katanya.

EXIM Bank mencatat keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi, sebanyak RM169.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012, iaitu peningkatan 16 peratus berbanding RM146.4 juta pada 2011.

Keuntungan yang lebih tinggi itu sebahagian besarnya disumbangkan oleh peningkatan prestasi perniagaan perbankan, pendapatan operasi lain serta perniagaan Islam, selain peruntukan rendah pinjaman.

Adissadikin berkata inisiatif bank itu yang termasuk meningkatkan kewaspadaan, mula membuatkan hasil yang positif.

"Bank ini kini berada pada kedudukan terbaiknya sejak 2008," katanya.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment