Thursday, June 6, 2013

EXIM Bank Anjur 'Jumble Sale' Amal

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) akan menganjurkan jualan pelbagai, 'Jumble Sale' Amal dengan kerjasama Tasputra Perkim, Pusat Majudiri 'Y' bagi Orang Pekak dan Wisma Harapan Ahad ini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=954250
Published: Jun 06, 2013

Acara itu akan berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang di Tasputra Perkim, Lot 3498, Jalan Ampang Hilir.

"Karnival sulung ini merupakan satu daripada begitu banyak cara yang, kami harap, dapat terus melibatkan keluarga dan seluruh masyarakat dengan usaha kami," kata Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Adissadikin Ali, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Karnival itu akan menampilkan beberapa permainan bagi keluarga, seni dan kraftangan, lukisan wajah, acara bersiar-siar dengan kereta Lamborghini dan kereta-kereta mewah yang lain, serta banyak lagi, katanya.

Semua pendapatan yang dikumpul pada acara ini akan disumbangkan kepada organisasi tidak mencari untung yang menyediakan pendidikan khas bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami kecacatan fizikal, mental dan pendengaran.

EXIM Bank akan juga menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM60,000 kepada ketiga-tiga pertubuhan bukan kerajaan ini.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment