Thursday, June 6, 2013

BSN lantik 5,000 ejen

Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menerusi Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN) menyasarkan penembusan 100 peratus perkhidmatan perbankan di seluruh negara bersandarkan kepada pelantikan 5,000 ejen bank berdaftar (EBB) menjelang akhir tahun ini.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BSNlantik5_000ejen/Article/index_html
Published: Jun 06, 2013

Setakat ini, Malaysia mencatatkan 78 peratus kadar penebusan perkhidmatan perbankan membabitkan 653 mukim berbanding 388 mukim pada Januari 2012.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, penembusan kadar itu memberi bantuan kepada rakyat menikmati perkhidmatan perbankan di lokasi mereka walaupun tidak terdapat bank yang beroperasi sekali gus membantu Malaysia mencapai sasaran negara maju menjelang 2020.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan EBB adalah pengeluaran tidak lebih RM500, deposit, sijil simpanan premium, pembayaran bil dan tambah nilai untuk telefon prabayar.

“EBB di seluruh negara mendapat sambutan menggalakan apabila mencatatkan nilai transaksi mencecah RM569 juta setakat 4 Jun lalu membabitkan pelbagai urusan perbankan.

“EBB boleh didapati di beberapa lokasi seperti kedai runcit dan stesen petrol. Ini memberi kemudahan kepada orang ramai terutama penduduk luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak membuat urusan perbankan,” katanya selepas lawatan ke BSN, semalam.

Beliau berkata, BSN turut menawarkan pembiayaan mikro sehingga RM50,000 kepada usahawan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu mereka menjalankan pelbagai perniagaan terutama kepada penduduk luar bandar.

“BSN mencatat 34,000 peminjam dan nilai pembiayaan mencecah RM659 juta,” katanya.

No comments:

Post a Comment