Wednesday, June 19, 2013

Perompak Gagal Pecah Mesin ATM Agro Bank Di Jeram

SHAH ALAM, 17 Jun (Bernama) -- Polis Isnin mengesahkan terdapat cubaan untuk memecah sebuah mesin ATM di cawangan Agro Bank di Taman Sungai Yu pekan Sungai Buloh, Jeram, Kuala Selangor awal pagi Isnin.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=956563
Published: Jun 19, 2013


Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi berkata kejadian dipercayai berlaku selepas pukul 1.30 pagi kerana semasa rondaan dibuat oleh anggotanya pada waktu itu (1.30 pagi) tiada tanda pecah masuk di cawangan bank itu.

Bagaimanapun, beliau berkata polis mendapat maklumat mengenai kejadian itu hasil daripada maklumat seorang pelanggan bank yang ingin mengeluarkan wangnya dari mesin ATM bank itu pada pukul 7.48 pagi ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pintu luar mesin itu diumpil dan terdapat dua lubang kesan kena bakar dipercayai menggunakan gas oxy-acetylene pada lapisan pintu besi mesin ATM itu manakala kamera litar tertutup (CCTV) di mesin itu ditutup dengan pita pelekat hitam.

"Kandungan wang di dalam mesin itu tidak hilang," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment