Monday, June 24, 2013

Lembaga Zakat Selangor Terima RM4.3 Juta Daripada Bank Rakyat

SHAH ALAM, 24 Jun (Bernama) -- Lembaga Zakat Selangor (LZS) Isnin menerima zakat berjumlah RM4,301,559 daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat).

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/LembagaZakatSelangorterimaRM4_3jutadaripadaBankRakyat/Article/index_html
Published: Jun 24, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=958284
Published: Jun 24, 2013

Penyerahan Zakat itu disampaikan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah oleh Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik di Istana Bukit Kayangan, di sini.

Turut hadir Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor Datuk Setia Mohamad Tamyes Abdul Wahid.

Zakat itu adalah bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2012 Bank Rakyat negeri, menurut LZS dalam kenyataan di sini.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment