KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Malaysia masih menunggu surat
berhubung kuota jemaah haji tahun ini daripada kerajaan Arab Saudi, kata
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharo
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=955844
Published: Jun 14, 2013
Source from (Kosmo): http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm
Published: Jun 14, 2013
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (dua kiri)
menyerahkan replika cek kepada wakil pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM), Shazwan Amir (dua kanan) pada Majlis Penyampaian Anugerah
Kecemerlangan Akademik Pelajar Baitulmal MAIWP di sini, hari ini.Turut
hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap
Setiausaha MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali (kiri) dan Ketua Pegawai
Eksekutif MAIWP, Zainal Abidin Jaffar (kanan).
Beliau berharap kuota itu dapat dikekalkan pada 28,000 jemaah seperti
tahun lepas kerana pada masa ini, kira-kira sejuta umat Islam Malaysia
berada dalam senarai menunggu untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
"Namun, kita amat memahami kerajaan Arab Saudi mahu memberikan
keselesaan dan perkhidmatan terbaik untuk jemaah haji. Dalam masa yang
sama di Makkah, ada kerja menambah baik melibatkan pembinaan...kawasan
tawaf dikecilkan ketika kerja pembinaan ini bagi memberi keselesaan
kepada jemaah.
"Kami dapat tahu negara jiran seperti Indonesia, kuota hajinya
dikurangkan...kalau terlampau ramai, mungkin akan menghadapi kesukaran
untuk menunaikan ibadah haji. Apapun kami tunggu surat kerajaan Arab
Saudi dan pertimbangkan sebaik mungkin langkah selepas itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah
Kecemerlangan Akademik Pelajar Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP) di Kompleks Pusat Islam di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che
Mat Che Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Zainal Abidin Jaffar.
Seramai 510 pelajar cemerlang menerima bantuan kewangan berjumlah
RM141,550.
Semalam, kerajaan Arab Saudi dilapor akan memotong kuota jemaah haji
Indonesia kira-kira 42,000 orang pada musim haji tahun ini berikutan
terbatasnya ruang ibadah di tanah suci itu kerana projek mega
memperluaskan Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Jamil Khir berkata bagi kuota haji tahun ini, kerajaan akan memberi keutamaan kepada jemaah berumur lebih 70 tahun.
"Kami juga akan meneliti rayuan daripada jemaah yang mempunyai sebab
yang perlu kami beri kelonggaran seperti mereka yang mahu menemani
saudara orang kurang upaya menunaikan haji," katanya.
Ditanya mengenai laporan akhbar berhubung 22 wanita dihukum sebat atas
kesalahan syariah di Johor, beliau meminta rakyat tidak mensensasikan
isu itu.
Beliau berkata mereka perlu membezakan hukuman sebat dalam
undang-undang sivil dan syariah dalam menentukan pandangan mereka
terhadap isu itu.
"Sebat dalam syariah ini amat berbeza dengan sivil...ia beza amat jauh
dengan sebat syariah antaranya sebat syariah ini tidak melukakan. Bukan
sahaja Johor, negeri lain begitu juga, tidak perlulah kita sensasikan
isu ini," katanya.
Kesemua wanita itu adalah antara 39 pesalah syariah yang dihukum enam
sebatan bagi kesalahan sumbang mahram dan persetubuhan luar nikah di
Johor sejak dua bulan lepas.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment