Wednesday, June 19, 2013

Agrobank Jalin Kerjasama Dengan Lima Agensi Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) dan lima agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Jumaat menjalinkan kerjasama strategik melalui satu memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani bagi mengangkat taraf sosioekonomi petani, penternak dan nelayan negara.

Source from (MOA Blog): http://blog.moa.gov.my/?p=2120
Published: Jun 19, 2013

Lima agensi berkenaan ialah Lembaga Pemasaran Persekutuan (Fama), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Tekun Nasional dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Majlis menandatangani MoU berkenaan disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di ibu  pejabat Agrobank di sini.

 Presiden dan Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman ketika ditemui pemberita selepas itu, berkata Agrobank selaku bank utama yang menawarkan perkhidmatan kewangan khususnya bagi sektor pertanian bercadang untuk menjadi pusat sehenti bagi usahawan tani di seluruh negara.

 ”Dengan wujudnya pusat sehenti ini segala maklumat berkenaan sektor pertanian seperti maklumat teknologi terkini, penyakit haiwan atau tanaman, potensi pasaran dan sebagainya yang diperolehi daripada agensi yang terlibat dikumpul dan dapat disebarkan kepada kumpulan sasaran,” katanya.

 MoU yang ditandatangani hari ini antara lain membolehkan pelanggan Tekun Nasional yang mempunyai rekod bayaran balik yang baik dan memerlukan  modal melebihi RM50,000 mendapatkan pembiayaan daripada Agrobank.

 Sementara itu Nafas pula akan bekerjasama dengan Agrobank bagi mewujudkan Perkhidmatan Tanpa Cawangan atau ejen perbankan.

 Kedua-dua kemudahan berkenaan dijangka dilaksanakan sebelum akhir tahun ini.

– BERNAMA

No comments:

Post a Comment