Friday, June 7, 2013

Sasar simpanan RM400 juta - BSN

Seri Kembangan: Bank Simpanan Nasional (BSN) meletakkan sasaran untuk mencapai jumlah simpanan RM400 juta menjelang akhir tahun ini melalui Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP).

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SasarsimpananRM400juta/Article/index_html
Published: Jun 07, 2013

Pengerusinya Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, jumlah berkenaan 50 peratus lebih tinggi daripada dicatatkan tahun lalu dengan jumlah penyertaan terus bertambah dalam kalangan pelajar.

“Mengikut statistik dicatatkan setakat April lalu, SGSP memperoleh penyertaan lebih 370,000 dengan jumlah simpanan RM270 juta.

“Kami menjangkakan jumlahnya akan terus meningkat dengan penyertaan sehingga 700,000 pelajar dan jumlah simpanan RM400 juta menjelang akhir tahun ini,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang SGSP, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Eksekutif BSN Datuk Adinan Maning.

Menurutnya, pada tahun lalu jumlah penyertaan dicatatkan seramai 320,000 pelajar dengan jumlah simpanan RM238 juta.

“Kami yakin skim ini akan terus mendapat maklum balas positif dalam kalangan pelajar kerana setiap tahun kami menawarkan ganjaran lebih tinggi.

“Tahun ini, kami menaikkan jumlah biasiswa ditawarkan untuk pihak sekolah kepada RM1 juta,” katanya.

Menurutnya, BSN memperuntukkan wang tunai RM252,000 dan 129 hadiah untuk pemenang yang dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu individu, sekolah dan anugerah penabung berhemah.

“Dengan penambahbaikan dan jumlah hadiah yang ditawarkan, kami menjangkakan lebih banyak penyertaan diterima bagi menggalakkan pelajar memupuk sikap menabung sejak usia muda,” katanya.

No comments:

Post a Comment