Wednesday, June 26, 2013

Moody's Sahkan Penarafan A3 Atas Exim Bank Malaysia, Naikan Kredit Asas

SINGAPURA, 25 Jun (Bernama) -- Moody's Investors Service mengesahkan penarafan A3 terbitan dan hutang bercagar senior dan penilaian penerbit Export-Import Bank of Malaysia Bhd (MEXIM), serta penarafan program MTN bercagar senior A3 (P).

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=958850
Published: Jun 26, 2013

Pada masa yang sama Moody's menyemak semula penilaian kredit asas (BCA) kepada ba3 daripada b1 berikutan peningkatan profil kredit tersendiri EXIM.

Unjuran ke atas kesemua penarafan EXIM kekal stabil.

Penarafan terjamin senior A3 MEXIM dipacu oleh pengukuhan kredit intrinsiknya seperti yang dicerminkan oleh BCA ba3, dan enam mata peningkatan daripada unjuran sokongan Moody's.

Pada A3, penarafan hutang tidak bercagar senior MEXIM adalah selari dengan penarafan A3 kerajaan Malaysia.

Ia juga mencerminkan pemilikan kerajaan, peranan dasar yang penting dalam menyediakan perkhidmatan kewangan kepada syarikat berorientasikan perdagangan Malaysia dan perniagaan merentas sempadan yang mana tidak ada atau terhad kepada sektor swasta yang menawarkan alternatif, dan sejarah Malaysia yang menyokong pinjaman kepada institusi berkaitan kerajaan dan bank-bank.

Walaupun sokongan yang jelas tidak dimandatkan, penerimaan jaminan bank ke atas pinjaman pada tahun 1999, sokongan mudah tunai pada tahun 2007 dan permodalan semula melalui penukaran pinjaman kepada ekuiti pada tahun 2008 merupakan bukti ketara sokongan pada masa lepas.

Sokongan ini mengukuhkan pandangan Moody's bahawa bank itu akan terus mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan, jika diperlukan.

Walaupun tahap modal bank itu telah menurun ekoran pertumbuhan perniagaan, ia adalah selaras dengan jangkaan Moody's.

Pada akhir 2012, nisbah modal Tahap 1 ialah 41.3 peratus.

Moody's menjangkakan permodalan kekal mencukupi untuk menghadapi kejutan pada kedudukan semasa.

Penarafan stabil itu mencerminkan jangkaan Moody bahawa bank asas kredit keseluruhan akan kekal stabil, disokong oleh keupayaan pengurusan risiko yang lebih baik yang menyokong pertumbuhan perniagaan dan kualiti aset.

Pada masa yang sama, Moody's tidak mengharapkan perubahan kepada status dasar dan pemilikan kerajaan dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang, yang boleh berubah.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment