Thursday, June 13, 2013

TH Serah RM2.4 Juta Zakat Perniagaan Kepada Muip

KUANTAN 12 Jun - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menyerahkan zakat perniagaannya untuk negeri ini berjumlah RM2,446,132.65 kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) di Istana Mahkota di sini hari ini.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=955581
Published: Jun 13, 2013

Source from (Bernama): http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20130613/wp_07/Tabung-Haji-serah-zakat-lebih-RM2-juta
Published: Jun 13, 2013

Zakat itu disampaikan Ketua Pegawai Operasi TH Datuk Kamarudin Mat Ali kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Mahkota di sini.

Kamarudin berkata zakat perniagaan yang dibayar itu merupakan sebahagian daripada perolehan keuntungan pendapatan yang dicatatkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2012.

"Jumlah bayaran zakat kepada negeri Pahang juga meningkat sebanyak 7.5 peratus berbanding RM2.2 juta bagi tahun 2011," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Kamarudin jumlah keseluruhan zakat perniagaan TH pada tahun 2012 meningkat sebanyak RM41.2 juta berbanding RM38.6 juta, pada tahun 2011.

"Setakat ini, TH telah agihkan zakat perniagaan kepada semua negeri kecuali Kelantan dan Wilayah Persekutuan," katanya.

Majlis penyerahan zakat itu turut dihadiri Timbalan Yang Dipertua Muip Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, Pengurus Besar kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang Datuk Halidan Md Daud dan Mufti Pahang Datuk Abd Rahman Osman.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment