Friday, June 14, 2013

Bank Rakyat taja RM1 juta 1MWER 2013

KUALA LUMPUR 13 Jun - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) hari ini memberikan tajaan sebanyak RM1 juta kepada Yayasan Wangsa Perdana sempena Program Khas Ekspedisi Bermotosikal Merentas Dunia (1MWER 2013) yang bermula 15 Jun sehingga Januari 2014.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130614/ko_03/Bank-Rakyat-taja-RM1-juta-1MWER-2013
Published: Jun 14, 2013


Sabbaruddin Chik (dua kiri) bertanyakan sesuatu kepada lima peserta 
Ekspedisi Bermotosikal Merentas Dunia ‘1Malaysia World Endurance 
Ride 2013 di perkarangan ibu pejabat Bank Rakyat di Kuala Lumpur

Ia sekali gus menjadikan Bank Rakyat sebagai penaja utama program itu.
Pengerusinya, Tan Sri Sabaruddin Chik berkata, kembara itu merancang meliputi perjalanan sejauh 45,500 kilometer yang merentasi Amerika Selatan dan Amerika Utara, Eropah, Rusia, China dan Asia.

"Kami di Bank Rakyat menyokong aktiviti seumpama ini kerana ia merupakan platform untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang menjalankan misi kemanusiaan dan menyebar luas semangat 'Malaysia Boleh.'

"Selain itu, program seperti ini akan turut mempromosikan negara Malaysia sebagai destinasi pelancongan unggul," katanya semasa berucap pada majlis simbolik penyerahan bendera Bank Rakyat kepada wakil ekspedisi itu disini hari ini.

Bank Rakyat juga telah bekerjasama dengan pelbagai organisasi bukan kerajaan bagi menjayakan inisiatif tanggungjawab sosial seperti Water4Gaza dan Aman Palestin.

Dalam pada itu, beliau berkata, upacara penyerahan bendera ini juga membantu mempromosikan nama Bank Rakyat di luar negara, selain memperkukuhkan penjenamaan bank di kalangan rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment