Thursday, June 27, 2013

SME Bank untung RM146 juta pada 2012

BANK Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) mencatatkan keuntungan operasi RM146 juta meningkat dua kali ganda daripada daripada tempoh yang sama tahun lalu dengan keuntungan sebelum cukai bernilai RM122.9 juta.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sme-bank-catat-untung-rm146-juta-1.176264
Published: Jun 27, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130627/ko_02/SME-Bank-untung-RM146-juta-pada-2012
Published: Jun 27, 2013

SME Bank catat keuntungan RM146 juta
Dari kiri: Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Mohd Rizal 
Mohd Jaafar; Mohd Razif dan Pengarah Strategik dan Pengurusan 
Risiko SME Bank, Mohamad Sabir Mohamad Sabri ketika 
mengumumkan laporan kewangan SME Bank di Kuala Lumpur.


PENGARAH Urusan SME Bank, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus (kanan) 
menyatakan sesuatu kepada Pengerusinya, Datuk Gumuri Hussain (tengah) dan 
diperhatikan Ketua Pegawai Operasi, Mohd Rizal Mohd. Jaafar semasa 
pengumuman prastasi kewangan SME Bank di Kuala Lumpur.

Dalam Belanjawan Negara 2013, kira-kira RM4 bilion diperuntukkan bagi pembiayaan dan pembangunan PKS, RM2.25 bilion akan disalurkan kepada SME Bank melalui empat program yang diwujudkan itu Dana Pembangunan SME, Skim Pelupusan Pembiayaan, Dana Industri Halal dan Tabung Usahawan Muda.

Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus, berkata, sepanjang 2012, SME Bank juga telah menawarkan pembiayaan kepada 1,803 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bernilai RM2.9 bilion pada 2012, berbanding dengan 1,407 PKS dengan jumlah pembiayaan RM1.7 bilion pada tahun sebelumnya.

"Sebilangan besar PKS telah mendapat manfaat daripada program dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh SME Bank khususnya menerusi program pembiayaan, latihan keusahawanan, program kerjasama dan program inovatif IQ Dagang.

"Usaha kerjasama dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang menawarkan RM500 juta pembiayaan untuk TERAS PKS juga telah membuahkan hasil yang mana RM180.42 juta pinjaman telah diluluskan kepada dua puluh enam syarikat PKS," katanya ketika mengumumkan laporan kewangan 2012, di Kuala Lumpur, semalam.

SME Bank turut melancarkan skim pemulihan PKS yang telah diwujudkan untuk memberi bantuan kepada PKS bermasalah yang memerlukan bantuan menghidupkan semula perniagaan mereka.

Selain itu, program iQ Dagang turut menghasilkan 40 usahawan berjaya.

No comments:

Post a Comment