Wednesday, June 12, 2013

BIMB Terima Kelulusan BNM Untuk Mulakan Perundingan Dengan LTH

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- BIMB Holdings Bhd (BHB) telah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memulakan perundingan dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) bagi menguasai kepentingan LTH dalam Bank Islam Malaysia Bhd (BIBM).

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=955457
Published: Jun 12, 2013

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, BHB berkata perundingan itu akan siap pada atau sebelum 31 Dis, 2013.

Ia berkata persetujuan daripada BNM tidak hendaklah diertikan sebagai kelulusan untuk cadangan pengambilalihan itu.

BIMB berkata semua pihak diperlukan untuk mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan sebelum memasuki mana-mana perjanjian untuk melaksanakan cadangan pengambilalihan.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment