Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rai50tahunkejayaanTabungHaji/Article/index_html
Published: Jun 17, 2013
Majlis dihadiri lebih 1,300 anggota dan pesara TH dari seluruh negara serta wakil anak syarikat lembaga itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, TH kini berdiri teguh sebagai pengurus dana Islam terbesar di Malaysia dengan pegangan saham dalam pelbagai sektor ekonomi.
Turut hadir, Pengerusi TH Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Paduka Ismee Ismail.
Jamil berkata, kecemerlangan TH menjadi contoh kepada organisasi Islam negara lain dan kejayaan itu terbukti dengan kehadiran wakil kerajaan di peringkat antarabangsa yang berminat dengan modul tabungan, pengurusan haji dan pelaburan lembaga berkenaan.
Sementara itu, sebagai simbolik majlis, TH akan menanam Kapsul Masa Jubli Emas di ibu pejabatnya yang mengandungi warkah nota daripada Jamil Khir, Ismee, pengurusan dan anggotanya untuk dibuka semula selepas 25 tahun sebagai pengamatan pewaris akan datang.
Pelbagai program disediakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Jubli Emas 50 Tahun sehingga Disember ini antaranya Pertandingan Fotografi Haji pada 22 Jun hingga 22 Julai ini.
No comments:
Post a Comment