Friday, June 28, 2013

Pengurusan Haji Malaysia terbaik, tidak perlu tuntut pampasan kepada Arab, kata Jamil Khir

Malaysia mempunyai sistem pengurusan ibadah Haji yang kukuh, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan negara ini tidak perlu menuntut ganti rugi kepada kerajaan Arab Saudi berikutan pengurangan 20 peratus kuota Haji yang ditetapkan negara berkenaan.

Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengurusan-haji-malaysia-terbaik-tidak-perlu-tuntut-pampasan-kepada-arab-kata-jamil-khir/
Published: Jun 28, 2013

"Malaysia ada satu bentuk pendekatan ibadah haji begitu kukuh. Hanya satu badan keluarkan visa haji kepada kerajaan Arab," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Tabung Haji Wilayah Persekutuan.

Urusan pengeluaran visa Haji di negara ini jelasnya diuruskan agensi tunggal melalui Tabung Haji, dan tidak seperti kebanyakan negara lain yang mengeluarkan visa melalui agensi pengurusan Haji.

"Negara lain visa dikeluarkan kepada pelbagai agensi. Dari segi pengawalan itu susah sikit," katanya.
Arab Saudi telah mengumumkan pengurangan kuota Haji kepada jemaah dari seluruh dunia ekoran kerja-kerja pembesaran kawasan tawaf di sekitar Kaabah, menyebabkan.

Ekoran daripada perkara itu, pemerintah Indonesia dilaporkan telah menuntut ganti rugi daripada Arab Saudi ekoran agensi pengurusan Haji daripada republik berkenaan telah membuat tempahan awal untuk penginapan dan makan minum jemaah mereka.

Pengurangan itu hanya membolehkan 168,800 daripada 211,000  jemaah berdaftar di negara berkenaan layak menunaikan Haji.

Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia, Zubaidi berkata pengurangan kuota berkenaan mengakibatkan kerugian selepas bayaran deposit sudah dibuat untuk penginapan dan makan minum di Arab Saudi menjelang musim haji yang dijadualkan bermula September depan.

Pemerintah Indonesia jelasnya sudah membayar lebih 680 bilion rupiah (RM220.5 juta) bagi pakej biasa dan istimewa haji tahun ini, kata Zubaidi.

Jamil Khir berkata, Putrajaya mengambil pendekatan untuk tidak mengambil sebarang tindakan ataupun mengemukakan tuntutan, kerana Riyadh jelasnya masih lagi belum mengemuarkan dokumen hitam putih berhubung perkara itu.

"Kuota Haji hak mutlak kerajaan Arab Saudi, selagi mana Arab Saudi belum keluarkan hitam putih kuota yang sebenar, kita tak boleh begerak melebihi landasan.

"Semuanya diputuskan melalui kerajaan kepada kerajaan (G2G) ... pendekatan kita saban tahun apabila selesai kuota hitam putih baru kita maklumkan kepada jemaah kita," katanya lagi. - 26 Jun, 2013.

No comments:

Post a Comment