Friday, June 14, 2013

Harap kuota haji kekal 28,000

Kuala Lumpur: Malaysia masih menunggu surat berhubung kuota jemaah haji tahun ini daripada Kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Harapkuotahajikekal28_000/Article
Published: Jun 14, 2013

Harap kuota haji kekal 28,000
Jamil Khir (tengah), Che Mat (berdiri depan tiga dari kanan) dan Zainal Abidin (berdiri depan kanan) bergambar bersama pelajar yang menerima anugerah pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar Baitulmal MAIWP

Kerajaan masih tunggu surat daripada Arab Saudi

Beliau berharap kuota itu dapat dikekalkan pada 28,000 jemaah seperti tahun lalu kerana pada masa ini, kira-kira sejuta umat Islam Malaysia berada dalam senarai menunggu untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Kami dapat tahu negara jiran seperti Indonesia, kuota hajinya dikurangkan...kalau terlampau ramai, mungkin akan menghadapi kesukaran untuk menunaikan ibadah haji. Apapun kami tunggu surat Kerajaan Arab Saudi dan pertimbangkan sebaik mungkin langkah selepas itu,” Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

“Namun, kita amat memahami Kerajaan Arab Saudi mahu memberikan keselesaan dan perkhidmatan terbaik untuk jemaah haji. Pada masa sama di Makkah, ada kerja menambah baik membabitkan pembinaan...kawasan tawaf dikecilkan ketika kerja pembinaan ini bagi memberi keselesaan kepada jemaah.

“Kami dapat tahu negara jiran seperti Indonesia, kuota hajinya dikurangkan...kalau terlampau ramai, mungkin akan menghadapi kesukaran untuk menunaikan ibadah haji. Apapun kami tunggu surat Kerajaan Arab Saudi dan pertimbangkan sebaik mungkin langkah selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Kompleks Pusat Islam di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Zainal Abidin Jaffar. Seramai 510 pelajar cemerlang menerima bantuan kewangan berjumlah RM141,550. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment