Tuesday, June 25, 2013

Indonesia minta ganti rugi kurang kuota haji

Jakarta: Indonesia menuntut pampasan dari Arab Saudi berikutan kerugian yang ditanggung selepas Riyadh mengurangkan kuota jemaah haji sehingga 20 peratus tahun ini.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Indonesiamintagantirugikurangkuotahaji/Article/
Published: Jun 25, 2013

Indonesia minta ganti rugi kurang kuota haji
KERJA pembangunan dan pembinaan besar-besaran di Masjidil Haram untuk 
membesarkan kawasan tawaf di sekitar Kaabah, menyebabkan Kerajaan Saudi 
mengurangkan 20 peratus kuota haji dilaksanakan kepada semua negara.

Bayaran deposit penginapan, makan minum sudah dibuat di Arab Saudi

Pengurangan itu mengurangkan jemaah berdaftar daripada 211,000 kepada hanya 168,800.
Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Agama, Zubaidi berkata pengurangan kuota berkenaan mengakibatkan kerugian selepas bayaran deposit sudah dibuat untuk penginapan dan makan minum di Arab Saudi menjelang musim haji yang dijadualkan bermula September depan.
Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Agama, Zubaidi berkata pengurangan kuota berkenaan mengakibatkan kerugian selepas bayaran deposit sudah dibuat untuk penginapan dan makan minum di Arab Saudi menjelang musim haji yang dijadualkan bermula September depan.

Kerajaan Indonesia sudah membayar lebih 680 bilion rupiah (RM220.5 juta) bagi pakej biasa dan istimewa haji tahun ini, kata Zubaidi.

Indonesia runding

Pihak berkuasa Indonesia juga dilaporkan sudah menghantar wakil ke Arab Saudi untuk berunding bagi mengelak kemungkinan kerugian yang terpaksa ditanggung.
“Kami masih lagi mencari penyelesaian terbaik untuk mendapatkan pampasan kerugian ini.

“Malam ini, delegasi kementerian akan ke Arab Saudi untuk berunding dengan pengusaha tempatan di sana yang menyediakan kemudahan penginapan dan makanan kepada jemaah.

“Kami berharap mereka dapat memulangkan semula wang yang sudah dibayar bakal jemaah yang nama mereka dibatalkan,” katanya.

Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali turut menghantar surat aduan kepada kedutaan Arab Saudi di Jakarta mengenai pengurangan kuota itu tetapi mereka hanya akan memberi maklum balas pada Jumaat.

“Menteri terbabit bercadang berjumpa dengan wakil kerajaan Arab Saudi awal minggu ini untuk bertanya mengenai dasar terbabit tetapi menangguhkan lawatan selepas mendapat tahun kerajaan Arab Saudi mempertimbangkan keputusan akhir,” katanya.

Kementerian Hal Ehwal Haji Arab Saudi sebelum ini menerangkan pengurangan 20 peratus kuota haji dilaksanakan kepada semua negara di seluruh dunia berikutan kerja pembangunan dan pembinaan besar-besaran di Masjidil Haram untuk membesarkan kawasan tawaf. - AGENSI

No comments:

Post a Comment