KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Credit Guarantee Corp Malaysia Bhd
(CGC) telah melantik Datuk Md Agil Mohd Natt sebagai pengerusi, berkuat
kuasa Rabu.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=957465
Published: Jun 19, 2013
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MdAgilpengerusiCGC/Article/index_html
Published: Jun 19, 2013
Dalam satu kenyataan di sini Khamis, CGC berkata Md Agil mempunyai
pengalaman meluas dalam perbankan korporat dan pelaburan serta
pembiayaan korporat dan Islam.
Md Agil ialah pengarah urusan/ketua pegawai eksekutif Maybank
Investment Bank Bhd, dari November 2000 hingga Ogos 2004, katanya.
Pada masa ini, beliau berada dalam barisan lembaga Manulife Insurance
Bhd dan Manulife Asset Management Services Bhd, masing-masing sebagai
pengerusi bukan eksekutif bebas dan pengarah bukan eksekutif bebas.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment