Sunday, June 23, 2013

CGC Malaysia Bantu Tubuh Institusi Jaminan Kredit Di Papua New Guinea Dan Mongolia

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Credit Guarantee Corp Malaysia Bhd (CGC) akan membantu kerajaan Papua New Guinea dan Mongolia menubuhkan institusi jaminan kredit di negara masing-masing.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=957874
Published: Jun 23, 2013

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Azhar Wan Ahmad, berkata CGC juga menyasarkan untuk berbuat demikian di Timur Tengah dan Afrika memandangkan minat yang di diperlihatkan terhadap sistem jaminan kredit Malaysia.

"Minggu depan saya akan ke Papua New Guinea untuk menandatangani perjanjian dengan kerajaannya untuk membantu negara itu menubuhkan institusi jaminan kredit di sana," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran buku GCC bertajuk "Catalysing SME Growth (Memacu Perkembangan PKS)" oleh Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim, di sini Jumaat.

Turut hadir ialah Pengerusi CGC yang baru dilantik, Datuk Md Agil Mohd Natt.

Buku itu bertujuan memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang peranan GCC di kalangan pihak-pihak berkepentingan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ia mendokumentasikan peranan GCC dalam menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan PKS melalui skim-skim jaminan sejak 40 tahun lalu.

Perbadanan ini sentiasa mencari cara yang inovatif untuk meningkatkan bantuan kepada PKS terutamanya dalam pembiayaan perniagaan-peniagaan kecil.

Setakat ini, GCC telah menjamin pinjaman berjumlah RM51.4 bilion yang memberi manfaat kepada lebih 420,000 PKS.

Wan Azhar berkata GCC berada di landasan ke arah mencapai sasarannya untuk menjamin pinjaman bernilai RM2 bilion pada 2013 berbanding RM1 bilion yang dicatatkan tahun lepas.

"Bagi enam bulan pertama tahun ini, kami mencapai lebih RM500 juta (pinjaman yang dijamin). Selepas pilihan raya, jumlah ini meningkat.

"Saya menganggarkan (jaminan pinjaman ini) memberi manfaat kepada 8,000 hingga 9,000 PKS baharu," kata Wan Azhar.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment