Sunday, July 28, 2013

PruBSN agih RM18.8 juta

PRUDENTIAL BSN Takaful Berhad (PruBSN) mengumumkan pengagihan lebihan dan keuntungan kepada pemegang sijil bagi tahun kewangan 2012.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/prubsn-agih-rm18-8-juta-1.187258
Published: July 28, 2013

Pelanggan PruBSN yang layak bakal menerima jumlah setara daripada lebihan dana Tabarru’ yang merupakan kumpulan dana yang disumbangkan dengan tujuan untuk membantu antara satu sama lain ketika ditimpa peristiwa yang tidak diduga dan hasil daripada pelaburan Akaun Khas Individu yang juga akaun simpanan.

Hampir 300,000 pemegang sijil yang layak daripada Pelan Takaful Keluarga Biasa syarikat yang terdiri daripada pelbagai rangkaian produk iaitu Ummah, Crisi Cover, Protect Plus dan Mortgage Reducing Term Takaful akan menerima bahagian lebihan dana Tabarru’ bernilai RM7.5 juta.

Pada masa sama, syarikat turut mengagihkan RM11.3 juta daripada keuntungan pelaburan kepada kira-kira 486,000 peserta yang layak.

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Azim Mithani berkata, syarikatnya amat berterima kasih kepada pelanggan kerana melanggan produk dan penyelesaian inovatif yang terulung di pasaran dan berharap sokongan yang berterusan pada masa akan datang.

Pelanggan PruBSN yang memiliki dana yang mencukupi dalam akaun bagi tempoh yang ditetapkan akan menerima bahagian daripada lebihan dana Tabarru’ dan juga daripada keuntungan pelaburan akaun simpanan.

PruBSN telah melindungi dan berkhidmat untuk lebih 500,000 pelanggan, iaitu hampir 2 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia.

No comments:

Post a Comment