Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Agensikelentongbanyakberdalih/Article/index_html
Published: July 02, 2013
Menurut sumber, mangsa berusia 39 tahun merancang menunaikan umrah bersama lima anggota keluarganya termasuk isteri dan anak- sempena cuti sekolah pada Mac lalu dan sudah membayar harga keseluruhan pakej bernilai lebih RM22,000.
“Bayaran dibuat kepada sebuah syarikat di Kota Damansara, di sini, yang menawarkan pakej menunaikan umrah dengan kadar lebih rendah berbanding agensi lain yang menawarkan pakej sama pada Januari lalu.
Katanya, namun mangsa sekeluarga tawar hati untuk menggunakan khidmat agensi terbabit bagi menunaikan umrah selepas pihak syarikat beberapa kali menukar tarikh berlepas menyebabkan mangsa dan isteri tidak lagi mendapat kebenaran cuti tahunan daripada majikan mereka.
“Mangsa kemudian membatalkan pakej menunaikan umrah berkenaan dan meminta wangnya dikembalikan kerana serik menggunakan khidmat agensi terbabit. “Selepas beberapa kali menghubungi agensi itu menerusi telefon, kiriman e-mel dan SMS, mangsa diberikan cek bertarikh untuk ditunaikan di sebuah bank,” katanya.
Sumber berkata, mangsa terkejut apabila diberitahu pihak bank selepas mendepositkan cek itu bahawa ia tidak boleh ditunaikan kerana mangsa diberikan cek tendang.
“Mangsa yang tidak berpuas hati datang ke pejabat agensi itu pada pertengahan Mei lalu bagi menuntut wangnya dikembalikan sebelum hanya menerima tunai RM5,000 saja, manakala bakinya akan dijelaskan kemudian.
“Bagaimanapun, agensi terbabit masih gagal mengembalikan baki wang mangsa selepas membatalkan pakej umrah berkenaan,” katanya.
Katanya, mangsa yang menyedari ada unsur penipuan kerana pelbagai alasan diberi setiap kali dia bertanya bilakah agensi terbabit akan membayar wangnya semula membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara pada 21 Jun lalu.
No comments:
Post a Comment