Thursday, July 18, 2013

Pusat jemaah siap sebelum musim haji

Jeddah: Kerja membina sebuah pusat jemaah di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad di Madinah sedang berjalan lancar dan akan siap sebelum musim Haji tahun ini. Ia boleh menampung sehingga 2,400 jemaah pada satu-satu masa.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pusatjemaahsiapsebelummusimhaji/Article/
Published: July 18, 2013

Foto
Bandar Hajjar (tengah) diberi penerangan mengenai perkembangan projek 
pembinaan pusat jemaah di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah.

Sedia khidmat kepada hampir 2,400 jemaah pada satu-satu masa

Jeddah: Kerja membina sebuah pusat jemaah di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad di Madinah sedang berjalan lancar dan akan siap sebelum musim Haji tahun ini. Ia boleh menampung sehingga 2,400 jemaah pada satu-satu masa.

“Pusat itu akan menyediakan khidmat kepada hampir tiga juta jemaah Haji dan Umrah setiap tahun,” kata Menteri Haji, Bandar Hajar selepas melawat tapak projek.
Ia dibina di kawasan seluas 8,400 meter persegi termasuk lounge utama dengan 22 khemah gentian kaca.

Pengarah pejabat kementerian di Madinah Muhammad Al-Baijawi memberi taklimat kepada Hajar berhubung perancangan membuka keseluruhan pusat itu kepada jemaah Haji tahun ini.

Menteri berkenaan mengarahkan kontraktor menyiapkan projek itu tepat pada masanya.

Beliau menekankan sokongan Gabenor Madinah Putera Faisal Salman terhadap projek itu menambah bahawa beliau mengikuti perkembangan pembinaan pusat berkenaan.

“Penjaga Dua Masjid Suci Raja Abdullah mengarahkan projek itu dapat memulihkan perkhidmatan kepada tetamu Allah yang melawat Makam Nabi Muhammad,” katanya.

Pusat itu juga turut menempatkan pejabat Kementerian Haji dan pelbagai agensi perkhidmatan serta sebuah pusat kesihatan dengan kemudahan moden. - Agensi

No comments:

Post a Comment