KEPALA BATAS 9 Julai - Bank Simpanan Nasional (BSN) Pulau Pinang menyerahkan sumbangan zakat berbentuk sebuah van jenazah kepada Masjid Jamek Pongsu Seribu di sini malam semalam, bagi memudahkan urusan pengkebumian penduduk di sekitar kariah berkenaan.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130710/wu_02/BSN-Pulau-Pinang-serah-sumbangan-van-jenazah
Published: July 10, 2013
REEZAL Merican Naina Merican (kiri) ditemani Mohd. Khairil Mohd.
Noor (dua kanan) dan Razak Awang melihat van jenazah di pekarangan
Masjid Jamek Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Van jenis Toyota Hiace bernilai lebih RM100,000 itu diserahkan Ahli
Parlimen Kepala Batas, Datuk Reezal Merican Naina Merican kepada
pengerusi masjid tersebut, Razak Awang.
Yang hadir sama, Pengurus BSN negeri, Mohd Khairil Mohd. Noor dan jemaah masjid serta ahli kariah berkenaan.
Van tersebut diubah suai bagi memudahkan orang ramai menggunakannya dan turut dilengkapi keranda.
Menurut Reezal Merican, van tersebut merupakan salah satu
tanggungjawab sosial BSN kepada masyarakat yang telah banyak memberi
sokongan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada BSN kerana memilih masjid
ini yang terletak dalam Parlimen saya untuk menerima sumbangan yang
saya rasa cukup berharga kepada penduduk di sini.
"Diharap sumbangan ini akan memudahkan lagi pengurusan jenazah dan
dapat dimanfaatkan penduduk setempat," katanya ketika berucap dalam
majlis tersebut.
Tambah beliau, van tersebut juga boleh digunakan mana-mana pihak di
luar kariah yang memerlukan kemudahan itu menerusi kebenaran
jawatankuasa masjid.
No comments:
Post a Comment