Tuesday, July 2, 2013

Akta Gabungkan Beberapa Undang-undang Berasingan Untuk Kawal Selia Sektor Kewangan Dikuat Kuasakan

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) yang menggabungkan beberapa undang-undang yang berasingan untuk mengawal selia sektor kewangan di bawah rangka kerja perundangan tunggal, masing-masing untuk sektor kewangan konvensional dan Islam, berkuat kuasa Isnin.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mengukuhsektorkewangan/Article
Published: July 02, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=960192
Published: July 02, 2013

Dengan berkuat kuasanya Akta ini, Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA), Akta Bank Islam 1983, Akta Insurans 1996 (IA), Akta Takaful 1984, Akta Sistem Pembayaran 2003 dan Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 akan dimansuhkan pada tarikh yang sama, kata Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan.

Akta-akta baharu ini merupakan kemuncak bagi usaha untuk memodenkan undang-undang yang mengawal selia perlakuan dan penyeliaan institusi kewangan di Malaysia untuk memastikan undang-undang ini terus relevan dan berkesan.

"Undang-undang baharu ini juga akan menempatkan sektor kewangan Malaysia pada platform untuk terus maju ke hadapan sebagai satu sistem kewangan yang kukuh, bertanggungjawab dan progresif.

"Mereka juga akan mengekalkan kestabilan kewangan, menyokong pertumbuhan inklusif dalam sistem kewangan dan ekonomi di samping menyediakan perlindungan yang mencukupi untuk pengguna," kata BNM.

Undang-undang ini juga memberi Bank Negara kuasa pengawasan pengawalan dan penyeliaan yang perlu untuk mencapai mandatnya yang luas dalam persekitaran yang lebih kompleks dan saling berhubung.

Adalah penting untuk sistem ini dilengkapi dengan baik untuk menangani dengan berkesan risiko baharu dan yang baharu muncul supaya keyakinan dalam sistem kewangan dipelihara dan aktiviti pengantaraan kewangan yang kritikal serta penting kepada ekonomi terhindar daripada gangguan.

Antara ciri-ciri utama undang-undang baharu itu ialah kejelasan dan ketelusan yang lebih tinggi dalam pelaksanaan dan pentadbiran undang-undang, tumpuan yang jelas terhadap pematuhan dan tadbir urusan Syariah dalam sektor kewangan Islam dan memperkukuhkan perlakuan perniagaan dan perlindungan pengguna.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment